Thursday, February 22, 2018

FELCRA BERHAD LANCAR PELAN TRANSFORMASI WADIRA PERKASA WANITA LUAR BANDAR

FELCRA Berhad telah melancarkan Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) bagi memantapkan pengurusan Institusi tersebut menjelang tahun 2022.



Pelan Transformasi WADIRA FELCRA 2018-2022 akan meliputi aspek-aspek Pengurusan. Kesihatan. Pendidikan Kanak-Kanak. Keusahawanan, Keahlian. Jaringan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan serta Pembangunan Modal lnsan untuk ahli ahli WADIRA


 Sebanyak RM830,000.00 telahpun peruntukkan oleh FELCRA Berhad untuk di gunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosio ekonomi yang di jangka dapat di manfaatkan oleh 17,562 ahli WADIRA dari 83 unit Perkumpulan Wadira di seluruh negara. 


 YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia selaku tetamu terhormat telahpun melancarkan konvensyen dan juga meminta setiap WADIRA mengambil peluang yang sedia ada bagi memperkasakan kemahiran peribadi dan belajar menjadi seorang ketua yang baik. Datin Seri Rosmah juga menegaskan bahawa pengurusan emosi dan psikologi penting bagi seorang wanita untuk terus berjaya sebagai seorang ketua atau pemimpin yang hebat bagi sesebuah institusi. 

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Bung Moktar Radin. 


Datin Seri Rosmah turut menasihati FELCRA dan WADIRA supaya menubuhkan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Taska) di setiap pejabat FELCRA seluruh Negara untuk mengoptimumkan produktiviti dan juga kestabilan emosi pekerja di mana pekerja boleh menjalankan tugas dengan lebih baik bila mereka tahu anak dalam keadaan stabil 

Dalam majlis yang sama. YABhg Datin Seri Rosmah Mansor telah di pilih sebagai lkon lnspirasi Wadira FELCRA atas sumbangannya dalam pembangunan sosio ekonomi wanita dan kanak-kanak terutamanya menerusi kejayaan Program Permata Negara yang di cetuskanya. Anugerah Ikon Inspirasi Wadira Felcra telahpun di sampaikan oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin, Pengerusi FELCRA Berhad.



Konvensyen yang berlangsung selama 2 hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tersebut turut di meriahkan dengan aneka jenis gerai gerai jualan Usahawan Wanita FELCRA seluruh Negara 


 Ketua Pengarah Seranta, FELCRA BERHAD, Dato Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, berkata konvensyen yang pertama kali dianjurkan itu adalah untuk memberi kesedaran kepada ahli dalam komuniti FELCRA untuk mendepani perubahan dan pembangunan negara. 

 WADIRA yang ditubuhkan sejak 1979, amat memerlukan perubahan, pendedahan serta perkembangan untuk meneruskan legasi dibina bagi pembangunan wanita FELCRA di negara ini. 

 Konvensyen ini telahpun dijalankan secara interaktif melalui sesi dialog, supaya para peserta dapat bertukar pandangan serta memberi input untuk memperkasakan lagi pertubuhan ini Untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai FELCRA, sila layari https://www.felcra.com.my

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by, do drop your comment